Kisah Wali Allah
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
CERITA PERAMPOK DAN WALI ALLAH
Pada zaman dahulu di sebuah daerah di kota Baghdad ada seorang perompak yang sangat terkenal.Kehidupannya hanyalah bergantung kepada hasil rompakan sahaja.Tidak ada seorang pun yang berupaya menghalang dia daripada melakukan perbuatan keji itu.
Pada suatu malam, perompak itu telah berjaya memasuki sebuah rumah. Dia menyangka akan mendapat hasil yang banyak dari dalam rumah itu.Setelah puas dia menggeledah rumah itu, malangnya dia tidak menjumpai sesuatu apapun yang berharga.Apa yang didapatinya adalah sebuah beberapa bungkusan kain.Diapun mengumpulkan kesemua bungkusan tersebut untuk dibawa keluar.
Setelah penat dia memunggah bungkusan-bungkusan itu,dia terasa terlalu penat lalu dia berehat.Tatkala matanya hampir terlelap, dia terdengar bunyi orang masuk ke dalam rumah itu.Dia berasa terlalu takut lalu mencari tempat perlindungan, malangnya rumah itu tiada tempat yang boleh dijadikan tempat perlindungan.Maka dia cuma mendiamkan dirinya di dalam kegelapan rumah itu.Dari tempat dia berdiri, dia ternampak seorang lelaki tua masuk ke dalam sambil memegang sebuah lampu di tangannya.Oleh kerana rumah itu kecil dan diterangi pula dengan lampu akhirnya tuan rumah itu ternampak perompak itu berdiri di satu sudut di dalam rumahnya.
Tuan rumah itu mempelawa perompak itu duduk, pada mulanya dia berasa takut tetapi kerana lelaki tua itu terlalu baik dan lemah lembut serta berjanji untuk menolongnya mengangkut bungkusan itu barulah dia berasa senang dan gembira.
Kata orang tua itu “Bungkusan kain baju ini takkan boleh engkau angkut seorang diri, lebih baik kita jadikan dua bungkusan besar”.Kemudian engkau pikul satu bungkusan dan aku pikul satu bungkusan.
Perompak itu berkata pula “Baiklah tetapi biarlah aku memikul bungkusan yang besar kerana aku yang mula-mula masuk ke dalam rumah ini”.
“Baiklah” sahut orang tua itu.
lalu mereka pun keluar dari rumah itu.Setelah agak lama berjalan, orang tua itu terasa terlalu penat memikul bungkusan yang berat itu.Dia berjalan perlahan-lahan mengikuti perompak itu.Apabila dia melihat orang tua berjalan terlalu lambat, dia terus menengking orang tua itu “Hey!!Orang tua,cepat lah sikit.Kita mesti sampai ke tempat aku sebelum matahari naik.Kalau tidak kita berdua pasti akan di tangkap.”
Tanpa menghiraukan keadaan orang tua itu, perompak itu terus berjalan dengan lebih pantas meninggalkan orang tua itu jauh di belakang.Orang tua itu cuba mengejarnya tetapi dia tidak berdaya.Bahkan kerapkali terjatuh.Akhirnya mereka sampai juga ke tempat persembunyian perompak itu.Maka perompak itu berkata
“Sekarang kita telah sampai.Hai!!!orang tua, kau ambillah bahagian engkau dan pergi dari sini.”Sambil
merenung muka perompak itu orang tua itu berkata “Hai!!!anak muda, ambillah engkau ke semua barang itu.Aku tidak memerlukannya.Sebenarnya rumah yang engkau masuki tadi adalah rumah aku.Aku fikir engkau tentulah orang yang miskin hingga terpaksa menjadi pencuri.Aku harap barang-barang ini kelak akan meringgankan sedikit bebanan engkau.Sekarang engkau telah pun tahu rumah aku, apabila memerlukan bantuan datanglah ke rumah aku”.
Setelah orang tua pergi dari situ, pemuda itu menjadi tercenggang seolah-olah tidak percaya apa yang berlaku sebentar tadi.Dia bergitu hairan memikirkan kebaikan orang tua yang luar biasa itu.
“Apakah benar apa yang aku alami ini.Aku telah memasuki rumahnya dan mengambil barang-barangnya lalu dia datang pula menolong aku.Setelah itu, dia menjemput aku datang ke rumahnya jika aku perlukan bantuannya lagi.Ah!!!!!.......pelik sungguh orang itu,bisik hati kecilnya”.
Setelah sekian lama dari kejadian yang lalu, perompak itu pergi semula ke rumah orang tua itu pada waktu siang.Sebaik sahaja dia sampai di halaman rumah orang tua itu,, dia ternampak seorang lelaki sedang memotong kayu, lalu dia pun bertanya “ Wahai saudara, saya ingin tahu siapakah tuan punya rumah ini?”.Sambil tersenyum lelaki itu menjawab “Wahai saudara, saya kira saudara tentunya datang dari daerah luar kerana semua penduduk disini hingga kanak-kanak pun tahu rumah ini adalah rumah seorang wali Allah bernama Junaid”.
Sebaik sahaja dia mendengar nama itu, lantas dia pun menyesal di atas segala perbuatannya terhadap wali itu .Tanpa berlengah lagi ,dia terus masuk ke rumah ke dalam rumah wali itu untuk meminta maaf.Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah itu , dia terus sujud di kaki wali Allah Junaid sambil menangis.Dengan tersenyum, wali Allah Junaid terus memaafkannya.Sebagai berkat kemaafannya dan sikapnya yeng penyantun akhirnya dia telah menjadi seorang yang soleh dan bertakwa.Tidak mungkin seorang yang jahat itu akan kekal jahat.Jikalau Allah menghendaki dia jadi baik, insyaAllah akan menjadikannya orang baik malah lebih baik.
Wallahu A'lam Bishawab
ALLAHUMMA SHOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA 'ALAA AALI SAYYIDINA MUHAMMAD
No comments:
Post a Comment
Silahkan Jika Anda Ingin Berkomentar, Namun Tolong Gunakan Bahasa Yang Baik & Sopan